Sunday, August 23, 2009

DEKORASI DI Putra Palace Hotel (Malam Impian Ratu)

Dekorasi
MALAM IMPIAN RATU
sempena
JAMUAN MAKAN MALAM
WANITA ISLAM
NEGERI PERLIS



Sebelum jamuan makan malam W.I Negeri Perlis berlangsung pihak hotel telah mengadakan perbincangan dengan pihak urusetia diketuai oleh mantan esekutif pemasaran
hotel iaitu Puan Zuraida Ahmad,YM Puan Tengku Rusilawati (Pengurus Perhubungan Pelanggan), En.Noraffendi(Customer Service Staff..En.Noraffendi juga adalah pereka hiasan dekorasi bagi syarikatnya sendiri iaitu Nora Butik dan Pelamin)...
Projek dekorasi ini dibantu oleh En.Sulong Dahaman (Hotel Artis) ,En.Mohd Ali Kasa (Florist),semua staff dari Sales Department, Marcom Department dan juga staff lain yang sudi meringankan tulang semata-mata mahu menjayakan majlis ini dengan sempurna! Sebagai memenuhi kehendak pelanggan semua krew yang bertugas bertungkus lumus tidak kira masa dan waktu, siang dan malam. Kami semua boleh dikatakan sentiasa berada di hotel sehinggalah habis sahaja Majlis Makan Malam tersebut...



Antara hiasan bunga untuk meja VVIP yang di gubah khas oleh En.Noraffendi.Beliau menggunakan sebatang lilin yang berkualiti tinggi,bunga rose putih dan rose merah,bunga-bunga kecil yang menarik dipandang sebagai penyeri gubahan,kulit kayu manis untuk memberi aroma suasana malam supaya sentiasa segar.

Pintu Masuk ke Dewan ballroom cuma dihiasi sangkar burung yang diletak diatas pillar.

Meja tetamu juga dihiasi sebatang lilin hitam dan bunga ros putih sahaja.Tetapi dilingkari manik-manik putih

Krew bertugas bertungkus lumus menggubah bunga


































Wednesday, August 19, 2009

kayuh syok-syok 2009 putra palace


Mr. Jonz antara orang kuat Kayuh syok-syok Putra Palace 2009.
Terimakasih dari warga Putra Palace untuk beliau.Professor di sebelah Mr.Jonz juga bersemangat tinggi
Tahniah juga buat Tuan Professor!

Persediaan sebelum bermulanya kayuhan di awal pagi...Si Cilik berusia 9 tahun
antara peserta yang turut serta.Sekalung Tahniah untuk si adik kecil ni...semangatnya patut di contohi!
Beliau berjaya kayuh dari awal sehingga akhir...

Sebelum kayuh pekena KOPI KAWE dulu.Terimakasih juga kepada
PHL TRADE...Pengeluar KOPI KAWE yang menaja secara percuma kepada semua
peserta KAYUH SYOK_SYOK PUTRA PALACE 2009

Tuan-tuan dan Puan-puan...Assalamualaikum...Saya Mohd.Nasri Morad
mengucapkan selamat datang ke program Kayuh Syok-Syok Putra Palace 2009.
Terimakasih kerana kalian semua bagi sokongan kepada kami.
( Gambar di atas Cik Nasri Morad adalah orang yang mencetuskan ilham untuk program kayuh syok-syok)


Orang kuat KOPI KAWE!!! Bang Lan...Dia mai awai pagi buat kopi power untuk kita..
Trimakasih Bang Lan.Memang kopi kawe power
(telah terbukti...Bang Lan)


Antara peserta muda yang mai awai pagi...Tahniah!!!

Belia Harapan Negara